HOME

Thursday 26 February 2015

Diabetes Ketika Hamil

Assalamualaikum,




Karbohidrat ringkas (gula,minuman ringan, kek & jem) & karbohidrat kompleks ( kanji di dalam nasi & mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa.
Glukosa dalam aliran darah kemudiannya dicernakan di dalam pelbagai tisu badan & proses ini di kawal atur oleh insulin.




Insulin merupakan hormone yang dihasilkan oleh pancreas (organ kecil yang terletak di belakang perut). Kekurangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga. Sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan & menyebabkan diabetes .


Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.
Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes.


Ketika mengandung, wanita perlu menjalani rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah supaya ia tidak memberi kesan kepada kandungan. Biasanya selepas melahirkan anak, 90 hingga 95 peratus tahap kesihatan wanita akan kembali normal. Hanya sebahagian kecil saja (lima hingga 10 peratus) didapati menghidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).


Bagi yang mengalami diabetes ketika hamil boleh mengamalkan vitamin Shaklee untuk ibu hamil .
Jika kita tidak bertindak kesan pada ibu & anak yang memudaratkan..dan yang paling ibu-ibu hamil tidak selesa adalah terpakse minum air gula .


Antara kesan diabetes kepada ibu hamil.



Kesan pada ibu hamil;

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj.
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan pada bayi;
  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.
Bertindaklah sekarang, jangan biarkan ia memberi kesan kepada anak & diri kita sendiri.


Berminat dengan Vitamin Shaklee hubungi saya.:

Ruhaizah
SID 1090417
Shaklee Independent Distributor Johor Bahru( Taman Daya, Mount Austin, Setia Indah, Setia Tropika, Add height & sekitarnya)
wasap/ call/ sms : 0174061828
                             0174061828

Postage seluruh Malaysia.
Free konsultasi dari saya





No comments:

Post a Comment