HOME

Thursday 4 December 2014

BERDOA UNTUK IBUBAPA MURAH REZEKI

Salam semua..sempena hari jumaat ni kan saya kongsi kan kelebihan kita mendoakan kedua ibu bapa kita. Besar pahala kita apabila sentiasa mendoakan kebahagian & kebaikan ibubapa kita. Kalau duk jauh selalu la telefon mak & ayah kita tanya khabar mereka. Biar la kita buat mereka gembira & bahagia, jangan sesekali buat mereka bersedih & susah hati.


Seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Berdoa kepada ibubapa dapat luaskan lagi rezeki kita.InsyaAllah.Jangan sesekali kita meninggalkan doa kepada ibubapa kita baik yang hidup mahu pun yang sudah meninggal.


Sama-sama kita doakn kebahagian kedua ibubapa kita . Ingatlah keredhaan ibubapa keredhaan Allah s.w.t.




Salam jumaat..  (,").


Sayangi Ibu & Ayah kita.

No comments:

Post a Comment