HOME

Monday 3 November 2014

Jemput rezeki

Alhamdullilah pada bulan lepas saya terima 1 buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki dari upline saya yang sentiasa bagi sokongan padu dalam group kami. Terima kasih tak terhingga mami diera ( momlovestory.blogspot.com) singgah tengok blog mami diera yer..hehe..yang banyak memberi tunjuk ajar.
Jujur saya ceritakan dulu-dulu zaman sekolah tak tau pun pasal menjemput rezeki ni...duk tanya sendiri macam mana nak jemput rezeki. Mungkin kita set di minda kita usaha keras sahaja yang menentukan rezeki kita. Padahal kita lupa yang rezeki kita datangnya dari Allah s.w.t.
Saya begitu tertarik 1 kisah dalam buku Mudah menjemput rezeki ini.
Dalam buku tu menceritakan kisah seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyaipkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hamper selesai. Iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, bila mendengar azan dilaungkan serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.Apabila ditanya dia terus menjawab, bahawa jika dia meneruskan kerjanya, sebenarnya dia membesarkan batu bata dan bukan membesarkan Allah! Bagi dia bila azan dilaungkan, semuanya kecil kecuali Allah.
Hasilan dari Fathuri Salehudin.
Wah..dasyatkan iman para sahabat. Tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah.Terase banyaknya perlu perbetulkan diri ini. Emm sama-sama kita amalankan moga kita dimurahkan rezeki olehnya.  Disini saya kongsi kan antara amalan menjemput rezeki.


Hehe..ini semua tips dari Mami Diera yang selalu ingatkan kami dalam group Pride supaya kami sentiasa murah rezeki.
Satu lagi rajin-rajin lah sedekah..jangan takut harta / apa yang kita miliki berkurang bila bersedekah malah keajaiban sedekah rezeki kita makin bertambah..percayalah janji Allah pada kita.




1 comment: