HOME

Sunday 9 November 2014

TIP TINGKATKAN SISTEM IMUN

SALAM WEEKEND SEMUA.. hari ni nak share tentang sistem imun badan kita. Senang cerita sistem imun ni adalah sistem badan kita untuk melawan penyakit / sistem ketahanan badan kita.

Sistem imun anda adalah senjata paling penting untuk melawan kanser, kencing manis dan banyak penyakit biasa.
Ia adalah sistem badan kita yang paling penting - ia telah bekerja di dalam badan  untuk memastikan  seluruh anggota badan kita sihat.
Malangnya, ia adalah aspek yang paling diabaikan oleh masyarakat kita kerana kebanyakan orang terlalu ambil mudah tentang kesihatan.
Walaupun sistem imun badan kita cukup kuat  untuk memusnahkan virus dan bakteria berbahaya, ia juga sangat lemah dan boleh menjadi lemah dan dimusnahkan oleh antibiotik, makanan ringan, pembedahan yang tidak perlu, tekanan, pencemaran, pemakanan yang tidak sihat.


Antara tip yang boleh kita amalkan untuk tingkatkan system imun badan kita adalah:-

  1. Makan dengan betul
    • Jangan makan berlebihan, makan berlebihan boleh menyebabkan kegemukan dan membahayakan system ketahanan badan. Obesiti menghalang system ketahanan badan daripada berfungsi dengan baik. Ini akan mengurangkan daya ketahanan terhadap jangkitan. Wah..takut dengarkan..so kena selalu jaga pemakanan kita, jangan terlalu ikutkan nafsu makan jer.
    • Kena titik berat kan jenis makan yang kita pilih, sebagai contoh makanan yang kita makan boleh meningkatkan system ketahanan badan . Antara makanan yang boleh meningkatkan system ketahanan badan seperti makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah-buahan, sitrus dan brokoli. Makanan kaya dengan Vitamin E seperti kekacang dan bijirin. Bawang putih, zink seprti kekacang, tiram dan daging lembu.Makanan yang mengandungi bioflavanoid seperti yang terdapat dalam buah-buhan dan sayur-sayuran.
  2. Bersenam selalu
    • Senaman yang kerap dan kosisten boleh mengurangkan pengambilan cuti sakit kita..betul tak?? Hehe..kalau tak cara cuba buat dalam masa sebulan..tegok hasilnya.
    • Walaubagaimanapun, senaman tidak semestinya yang berat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.Malah, senaman yang sederhana mungkin mempunyai keputusan yang lebih baik.
  3. Dapatkan tidur yang secukupnya.
    • Tidur yang cukup dapat merangsang dan menguatkan system ketahanan manakala kekurangan tidur mempunyai kesan yang sebaliknya.
    • Kesan buruk terhadap fungsi system ketahanan badan ketara dapat dilihat selepas beberapa hari kita kekurangan tidur.
    • Orang dewasa secara puratanya memerlukan 7-8 jam masa tidur.
    • Untuk pastikan kita mendapat tidur yang berkualiti, elakkan daripada minuman berkafein (kopi dan teh), tembakau dan arak.
Untuk kekal sihat juga kita boleh la mengambil vitamin bagi meningkatkan ketahanan sistem imun badan kita.
Ni antara vitamin yang boleh meningkatkan system imun badan kita.


Free konsultasi dari saya.
Hubungi saya di:-


pm/call/wasap:017-4061828

email:ruhaizah1102@yahoo.com





    No comments:

    Post a Comment