HOME

Sunday 4 January 2015

PUDING CARAMEL

Salam ..selamat bekerja semua hari ini Isnin. Cuti New year hari tu saja bosan duk rumah kan. Saya buat la Puding Caramel ..request dari En.suami.  Okeh jom kita tengok resepi nya yang simple.


Bahan2 untuk caramel / gula hangus:


5-6 sudu besar gula ( kalau nak manis lagi tambah ikut citarasa la)
1/2 cawan air suam


Bahan untuk Lapisan Puding :-


1 Tin susu cair
2 susu besar tepung kastard dibancuh dengan sedikit air
3 sudu susu pekat
5 biji telor
1 cawan fresh milk
1 sudu kecil asen vanilla


Cara-cara:


1.Gula dimasak sehingga warna keperangan, jangan sampai hangit pulak yer..hihi..nanti pahit . dah cair gula & warna dah perang boleh la letak air suam tapi hati-hati sebab akan meletup-letup. Api mestilah perlahan sewaktu air dimasukkan. Kacau sehingga gula cair.


2. Apabila gula dah cair masukkan gula ke dalam Loyang. ketepikan seketika


3. Bahan untuk lapisan pudding diblend semuanya bagi sebati.


4. Masukkan lapisan pudding ke atas lapisan gula tadi. Boleh la dikukus selama 30 minit. Nak pastikan ia masak cucuk guna garpu dan pastikan tidak ada yang melekat .


Sekian!!
Selamat mencuba yer.







No comments:

Post a Comment