HOME

Friday 2 January 2015

SALAM MAILIDUL RASUL 1436 H / 2015

Assalamualaikum 

Alhamdullilah, syukur pada yang maha esa masih lagi diberi nikmat hidup ini.

Hari ini 12 Rabiulawal 1436 H / 2015 M. 12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Mohammad SAW. Pada tahun ini maulidur rasul bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara".


Jom sama-sama baca tentang Nabi Mohamamad SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.


Isteri-isteri Rasullullah SAW

  1. Khadijah binti Khuwailid

  2. Saudah binti Zam’ah

  3. Aisyah binti Abu bakar

  4. Hafsah binti Umar

  5. Ummu Habibah binti Abu Sufyan

  6. Ummu salamah (Hindun binti Umayyah )

  7. Zainab binti Jahsy

  8. Maimunah binti Haris

  9. Safiyyah binti Huyai

  10. Zainab binti Khuzaimah.

Anak-anak Rasullullah SAW

  1. Qassim

  2. Abdullah

  3. Ibrahim

  4. Zainab

  5. Ruqayyah

  6. Ummu Kalsum

  7. Fatimah



Antara sunnah Rasullullah yang seharusnya kita contohi.


1. POSISI TIDUR
- Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan menghadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.


2.MENGUAP
-Menguap adalah dari syaitam. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.


3.SOLAT FARDHU BERJEMAAH
-Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di rumah.


4.AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
-Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis & syaitan.


5. ADAB MAKAN
- Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.


6.DOA DALAM SUJUD
-Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika sujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa dalamnya.


7.CARA POTONG KUKU KAKI
-Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.


8.CARA POTONG KUKU TANGAN
-Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.


9.JANGAN BERSIUL
-Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.


10.MINUM TANGAN KANAN
-Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.


Okeh jom sama-sama kita amalkan..banyak sunnah Rasullulallah SAW yang elok patut kita amalkan.

Moga kita sentiasa sihat...AMIN.



Nak dapatkan supplemen Shaklee boleh capai saya:-

RUHAIZAH
whatsapp: 017-4061828.


No comments:

Post a Comment